E-BUKU

E-BUKU

Tahukah anda bahawa bahan terbitan DBP boleh didapati dalam bentuk e-buku?

Untuk makluman DBP telah menjalankan bekerjasama dengan e-sentral untuk menerbitkan semula produk-produk terbitan DBP dalam bentuk e-buku. Kini, e-buku DBP  sedia untuk dimuat turun oleh para pelanggan dengan kadar harga yang lebih rendah daripada harga buku fizikal.

Tujuan kerjasama dengan e-sentral ialah untuk memastikan DBP dapat memenuhi kehendak pengguna yang menggemari bahan bacaan berbentuk digital dan elektronik. Keadaan ini mungkin didorong oleh faktor mobiliti, iaitu mudah untuk dibawa ke mana-mana dan bila-bila masa sesuai dengan golongan muda yang sentiasa aktif dan mudah dicapai melalui akses telefon atau table.

Bagi anda yang menggemari bahan bacaan digital seperti e-buku, anda boleh mendapatnya melalui pautan yang terdapat pada setiap judul yang ditawarkan di laman DBPNiaga.my dengan menekan logo e-sentral. Pautan ini akan membawa anda terus ke produk digital yang dikendalikan oleh e-sentral sepenuhnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan proses muat turun, bayaran dan kualiti, anda haruslah berhubung dengan khidmat pelanggan e-sentral.

Untuk membuat pembelian e-buku sila klik pautan berikut e-buku.

.

Maklumat semasa:

> [APLIKASI SAYA] Aplikasi Pelajaran Tatabahasa <KLIK>

> Panduan pembelian secara dalam talian <KLIK>

> Panduan melanggan majalah <KLIK>

> Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga <KLIK>

> Khidmat jualan dan pameran Ujana Buku <KLIK>

Kembali ke laman UTAMA

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url withhttp://)
* Comment:
Type Code