Panduan Melanggan Majalah

Panduan Melanggan Majalah

Terima kasih kerana melayari laman sesawang DBPNiaga dan berikut ialah 4 langkah mudah untuk membuat langganan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

.

Langkah pertama

Sila layari laman sesawang https://dbpniaga.my dan klik LANGGANAN.

*Sebelum anda masuk ke paparan langganan sebaiknya anda menggunakan pelayar Google Chrome. Sekiranya terdapat gangguan seperti 'error page', sila tutup tetingkap pelayar dan buka sekali lagi. Namun jika anda masih gagal memasuki paparan langganan, sila hubungi petugas kami untuk bantuan.

.

Langkah kedua

Berikut ialah paparan langganan, anda perlu melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki untuk membolehkan permohonan anda diproses. Pastikan maklumat yang dimasukan tepat bagi mengelak kesalahan penghantaran atau pesanan tidak diterima.

*Katalog langganan atau senarai majalah beserta harga langganan akan mucul apabila anda melengkapkan maklumat negeri.

.

Langkap ketiga

Berikut ialah contoh paparan katalog langganan yang perlu dilengkapkan. Pilih majalah, tempoh langganan dan kuantiti bagi setiap langganan. Kadar diskaun yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempoh langganan. Paparan harga akan berada di sebelah kanan dan jumlah keseluruhan langganan di bahagia bawah. Jumlah harga ini telah termasuk kos penghantaran bagi sepanjang tempoh langganan. Selesai membuat pilihan majalah sila klik BAYAR.

.

Langkah keempat

Seterusnya ialah paparan pembayaran yang terdiri daripada kaedah bayaran menggunakan kad debit atau kad kredit dan kaedah bayaran menggunakan perbankan internet (saluran pembayaran alternatif). Sila ikut arahan yang diberikan mengikut kaedah pembayaran masing-masing.

*PENTING - Pastikan proses pembayaran selesai sehingga terdapat arahan untuk kembali ke halaman utama. Jangan sesekali menutup tetingkap pelayar sebelum kembali ke halaman utama. Sekiranya anda telah membuat bayaran tetapi menerima e-mel notifikasi 'pembayaran anda tidak berjaya' sila hubungi petugas kami dengan segera.

.

Setelah selesai membuat bayaran, sila semak e-mel anda yang akan menerima maklum balas langganan. Permohonan langganan anda akan diproses dalam tempoh 30 hari dan penghantaran pertama  akan bermula pada bulan berikutnya bagi setiap langganan sebelum 25 hari bulan. Sekiranya anda tidak menerima majalah yang dilanggan dalam tempoh masa 30 hari sila hubungi petugas kami untuk semakan.

Sekiranya anda ingin membuat langganan majalah menggunakan pesanan kerajaan (L/O), sila hantarkan butiran langganan anda seperti di bawah kepada hamadah@dbp.gov.my.

> Nama
> No.Tel.
> E-mel
> Majalah
> Tempoh langganan
> Cara bayaran (Pemindahan akaun/ Pesanan kerajaan)

Sekiranya anda mengalami sebarang kesukaran sila hubungi petugas kami di talian 03-4101 0029/ 0033, terima kasih.

Maklumat semasa:

> [APLIKASI SAYA] Aplikasi Pekaka Bercerita <KLIK>

> Panduan pembelian secara dalam talian <KLIK>

> Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga <KLIK>

> Khidmat jualan dan pameran Ujana Buku <KLIK>

> Pembelian E-Buku <KLIK>

Kembali ke laman UTAMA