Panduan Pembelian Secara Dalam Talian

Panduan Pembelian Secara Dalam Talian

Terima kasih kerana melayari laman sesawang DBPNiaga dan berikut ialah 11 langkah mudah untuk membantu membuat pembelian.

Langkah pertama

Layari laman sesawang https://dbpniaga.my dan buat carian di bahagian kategori atau di ruangan carian dengan menaip tajuk buku yang dicari (cth: Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat). 

.

Langkat kedua

Setelah menjumpai buku yang dicari sila semak tajuk, nombor ISBN, kulit buku dan harga buku sebagaimana yang diinginkan dan klik MASUK KE TROLI untuk membuat pesanan. 

.

Langkah ketiga

Seterusnya ialah pilihan TERUS KE KAUNTER KELUAR untuk terus membuat bayaran atau TERUS MEMBELI BELAH sekiranya anda ingin menambah pembelian. 

.

Langkah keempat (1. Ringkasan)

Di paparan ini, anda disarankan untuk menyemak tajuk buku, ketersediaan stok, kuantiti, harga seunit dan diskaun yang diberi. Untuk makluman, diskaun untuk judul umum 15% manakala diskaun untuk judul terpilih 10%. Sekiranya semua butiran pembelian tepat sila klik TERUSKAN PEMBAYARAN. 

.

Langkah kelima (2. Pendaftaran)

Di ruangan pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dengan cara memasukan e-mel (sebaiknya gmail atau yahoo) dan klik DAFTAR AKAUN. 

.

Langkah keenam

Untuk mendaftar akaun, sila lengkapkan BUTIRAN PERIBADI ANDA di ruang yang disediakan dan klik DAFTAR.

*Pastikan semua butiran yang dimasukan ialah tepat. 

.

Langkah ketujuh

Seterusnya lengkapkan butiran alamat dan klik SIMPAN.

* Maklumat ini boleh dikemaskini pada bila-bila masa. 

.

Langkah kelapan (3. Alamat)

Di bahagian ini terdapat 2 jenis alamat iaitu ALAMAT PENGHANTARAN ialah alamat penerima manakala ALAMAT PENGIRIM ialah alamat anda sebagai pengirim/pembeli. Sekiranya anda ingin menambah alamat baharu atau penerima baharu, sila klik pada TAMBAH ALAMAT BAHARU atau sekiranya tiada apa-apa perubahan sila klik TERUSKAN PEMBAYARAN. 

.

Langkah kesembilan (4. Penghantaran)

DBPNiaga menggunakan khidmat penghantaran Pos Laju dan sehubungan itu sila baca terma dan syarat yang dinyatakan diikuti dengan tandakan tick bagi menandakan anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan. Seterusnya klik TERUSKAN PEMBAYARAN. 

.

Langkah kesepuluh (5. Pembayaran)

Sebelum membuat pembayaran anda disarankan untuk membuat semakan akhir pada tajuk, harga seunit, kos penghantaran dan jumlah yang perlu dibayar. Sekiranya semua butiran yang tertera ialah tepat sila klik pada logo eGHL.

(Sila abaikan KOD BAUCAR) Kod baucar hanya ditawarkan semasa promosi tertentu sahaja. 

.

Langkah kesebelas

Untuk membuat pembayaran anda mempunyai 2 pilihan, pertama membuat bayaran menggunakan kad debit atau kad kredit dan kedua membuat bayaran menggunakan perbankan internet (saluran pembayaran alternatif). Sila ikut arahan yang diberikan mengikut kaedah pembayaran masing-masing.

*PENTING - Pastikan proses pembayaran selesai sehingga terdapat arahan untuk kembali ke halaman utama. Jangan sesekali menutup tetingkap pelayar sebelum kembali ke halaman utama. 

Kami daripada DBPNiaga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Untuk mendapatkan khidmat bantuan pembelian secara Whatsapp sila klik (019-214 1956) atau hubungi 03-4101 0025. Petugas kami sedia membantu anda untuk membuat pembelian.

Setelah pembelian berjaya dibuat, petugas DBPNiaga akan memeriksa semua rekod pembelian dan bayaran untuk diproses. Untuk makluman, semua pembelian yang dibuat sebelum pukul 12 tengah hari akan diproses pada hari yang sama manakala pembelian selepas jam 12 tengah hari akan diproses keesokkan harinya. Semua pesanan yang siap diproses akan diambil oleh Pos Laju pada pukul 3 petang pada setiap hari dan proses penghantaran akan memakan masa 3 hingga 5 hari bekerja.

.

Maklumat semasa:

> [APLIKASI SAYA] Aplikasi Pekaka Bercerita <KLIK>

> Panduan melanggan majalah <KLIK>

> Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga <KLIK>

> Khidmat jualan dan pameran Ujana Buku <KLIK>

> Pembelian E-Buku <KLIK>

Kembali ke laman UTAMA