Khidmat Jualan & Pameran Ujana Buku

Khidmat Jualan & Pameran Ujana Buku

Dalam usaha menyebarkan ilmu dan menyantuni masyarakat, Ujana Buku DBP telah ditubuhkan pada September 2014 untuk mempromosi dan menjual bahan-bahan terbitan DBP. Sepanjang penubuhannya, Ujana Buku DBP telah menjelajah ke seluruh Malaysia bermula dari Kedah hingga ke Johor dan tidak ketinggalan Sabah dan Sarawak dengan mengadakan aktiviti jualan dan pameran kepada masyarakat yang sentiasa menginginkan bahan bacaan berkualiti dan terbaik.

Para petugas Ujana Buku DBP sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menyertai aktiviti jualan dan pameran yang dianjurkan di seluruh Malaysia disamping memenuhi permohonan aktiviti jualan dan pameran di peringkat kementerian, parlimen, daerah, kampung serta permohonan di peringkat sekolah dan institusi. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhimatan Ujana Buku DBP, sila hantarkan permohonan secara rasmi melalui e-mel pp@dbp.gov.my atau hubungi talian 03-4101 0027/0032.

* Permohonan untuk khidmat jualan dan pameran adalah PERCUMA.

* Permohonan perlu dibuat secara rasmi dan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.

.

Ujana Buku DBP menjadi daya penarik para pelajar daripada pelbagai bangsa.

 

.

Ujana Buku DBP menjelajah serata negeri termasuklah Sabah dan Sarawak.

.

Kenderaan Ujana yang sering menjadi tarikan para pelajar.

.

Petugas Ujana yang ramah dan sedia membantu anda mendapat bahan bacaan yang terbaik.

.

Menjadi pilihan di setiap peringkat umur.

Menyebarkan Ilmu, Menyantuni Masyarakat.

.

Maklumat semasa:

> [APLIKASI SAYA] Aplikasi Pelajaran Tatabahasa <KLIK>

> Panduan pembelian secara dalam talian <KLIK>

> Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga <KLIK>

> Pembelian E-Buku <KLIK>

Kembali ke laman UTAMA