PROGRAM WAKAF BUKU DBP II

PROGRAM WAKAF BUKU DBP II

Program Wakaf Buku DBP II kembali dengan menyasarkan kutipan wakaf untuk disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim dan perlindungan. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan bahan bacaan kepada mereka yang memerlukan terutama kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan bahan bacaan sama ada bahan akademik atau santai. Di samping itu, DBP dengan rela hati ingin memikul tanggungjawab sosial untuk menggalakkan aktiviti membaca serta penyebaran ilmu melalui buku untuk manfaat masyarakat umum. Sepanjang tempoh pelaksanaan program ini iaitu bermula dari 1 Disember 2017 hingga 30 Jun 2017, orang ramai boleh berwakaf menerusi beberapa kaedah yang telah diperkenalkan iaitu:

1. Wakaf secara dalam talian

2. Wakaf di kaunter Bank

3. Wakaf secara pemindahan akaun atau deposit tunai

4. Wakaf di Kedai Buku DBP

5. Ujana buku DBP

6. Potongan gaji (staf DBP sahaja)

Semua hasil kutipan wakaf akan dijalankan oleh pihak DBP dan menyalurkannya kepada Perbadanan Wakaf Selangor selaku badan yang memegang amanah untuk mengumpul hasil wakaf sehingga tamat pelaksanaan program ini. Hasil wakaf yang dikumpul dalam bentuk Ringgit Malaysia ini akan ditukar kepada bahan bacaan terbitan DBP sebelum diagihkan kepada rumah anak yatim dan perlindungan yang terlibat. Sebanyak 22 judul bahan bacaan telah dipilih yang sesuai untuk pembacaan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan nilai keseluruhan RM1,159.30. Diharapkan pemilihan judul ini dapat membantu mereka dalam pembelajaran terutama dalam subjek Bahasa Melayu di samping menanam minat mereka untuk membaca buku namun pengagihan buku yang akan dibuat ke rumah anak yatim dan perlindungan ini perlu dibuat secara berperingkat kerana terdapat rumah anak yatim dan perlindungan ini hanya menempatkan anak-anak yang bersekolah rendah sahaja. Berikut ialah senarai judul yang telah dipilih untuk turut serta dalam program ini.

Semua judul ini telah diperincikan dari aspek kesesuaian dan jumlah stok yang ada.

Sebanyak lima buah rumah anak yatim dan perlindungan yang telah dipilih sempena Program Wakaf Buku DBP II yang bertempat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pemilihan ini dibuat berdasarkan maklumat rumah anak yatim dan perlindungan yang berdaftar dibawah Yayasan Islam Darul Ehsan 2016 bagi negeri Selangor dan pemilihan secara lawatan terus oleh pegawai DBP bagi rumah anak yatim dan perlindungan di sekitar Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai rumah anak yatim dan perlindungan yang telah dipilih.

1. Rumah Ilham

RUMAH ILHAM

No. 2, Jalan 5/71b,

Pinggir Taman Tun Dr Ismail,

Jalan Damansara,

60000 Kuala Lumpur.

Tel.: 603-7725 8592

2. Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah

Lot 28188, Jalan 36/10,

Taman Koperasi Polis Pasar 2,

68100 Kuala Lumpur

Tel.: 03-6188 4844

3. Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih

Baitul Kasih

No.89, Jalan Enggang Selatan,

Taman Keramat,

54200 Kuala Lumpur.

Tel.: 019- 3459111

4. Rumah Amal Baitul Kasih

Baitul Kasih

No. 82, Jalan Desa 4/6,

Taman Desa, Bandar Country Homes,

48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Tel.: 011-2825 2330

5. Persatuan Rumah Anak Yatim Damai Kuang

Damai Kuang

KM28.5, Jalan Kuang,

Lorong Teratai, Batu 7 ¾,

Kampung Damai, 48050 Kuang,

Selangor Darul Ehsan

Tel.: 03-6038 2823

 

Walaupun setelah lima buah rumah anak yatim dan perlindungan ini telah dipilih, DBP masih lagi berhasrat untuk menambah jumlah penerima wakaf terutama rumah anak yatim dan perlindungan persendirian dengan tujuan dapat membantu mereka mendapatkan bahan-bahan bacaan berkualiti hasil sumbangan wakaf daripada orang ramai. Sehubungan itu pertambahan penerima akan dibuat dalam masa terdekat untuk memastikan setiap nilai wakaf yang dibuat dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap penerima.

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url withhttp://)
* Comment:
Type Code