Khidmat Ekspres Ujana Buku

Khidmat Ekspres Ujana Buku

Selain membuat pembelian secara dalam talian DBPNiaga.my, anda juga boleh membuat pembelian melalui Khidmat Ekspres Ujana Buku DBP (KEUB).

KAEDAH PEMBELIAN
KEUB merupakan kaedah pembelian melalui aplikasi WhatsApp khusus kepada pelanggan yang tidak mempunyai perbankan Internet. Inisiatif ini diperkenalkan untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mempunyai akses untuk membuat pembelian buku dan majalah  terbitan DBP dengan cara menghantar butiran pembelian melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 019-214 1956.

Butiran pembelian yang diperlukan seperti yang berikut:
1. Nama
2. No. Telefon
3. E-mel
4. Alamat
5. Judul Buku atau Majalah
6. Kuantiti

KAEDAH PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran bagi pembelian menerusi KEUB terbahagi kepada tiga cara: (i) Pemindahan akaun; (ii) Pembayaran di kaunter bank; dan (iii) Mesin Deposit Tunai (CDM).

Pembayaran ini perlu dibuat ke dalam akaun Bank Islam [Nombor akaun: 14 0230 1001 8002] atas nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas membuat bayaran, sila pastikan slip atau bukti pembayaran dihantar semula melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 019-214 1956. Pembelian yang lengkap dengan bukti pembayaran yang sah sahaja akan diproses.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai status pembelian, hantarkan pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp di nombor yang sama atau hubungi talian khidmat pelanggan, iaitu 03-4101 0023.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url withhttp://)
* Comment:
Type Code