Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga

Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga

Khidmat bantuan pembelian DBPNiaga diperkenalkan untuk membantu anda untuk membuat pembelian sekiranya terdapat masalah atau kesukaran semasa proses pembelian atau anda tidak mempunyai perbankan internet untuk membuat pembelian secara dalam talian. Sehubungan itu perkhidmatan ini akan memastikan seluruh rakyat Malaysia mempunyai akses untuk membuat pembelian buku dan majalah  terbitan DBP. 

Cara untuk mendapatkan khidmat bantuan pembelian DBPNiaga ialah dengan cara menghantar butiran pembelian seperti di bawah secara WhatsApp ke nombor 019-214 1956 atau klik http://dbpniaga.wasap.my/.

Butiran pembelian:

Masalah yang dihadapi (cth: Tiada perbankan internet)

1. Nama
2. No. Tel.
3. E-mel
4. Alamat
5. Judul Buku/Majalah
6. Kuantiti

Petugas kami akan membalas WhatsApp anda dengan maklumat pembayaran iaitu jumlah yang perlu dibayar dan nombor akaun pembayaran. Kaedah pembayaran bagi khidmat bantuan pembelian DBPNiaga terbahagi kepada tiga cara:

(i) Pemindahan akaun

(ii) Pembayaran di kaunter bank

(iii) Mesin Deposit Tunai (CDM).

Pembayaran perlu dibuat ke dalam akaun Bank Islam [Nombor akaun: 14 0230 1001 8002] atas nama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Semua bukti bayaran yang diterima akan diproses dalam tempoh masa 12 jam bagi memastikan bayaran yang dibuat telah masuk ke dalam akaun Dewan Bahasa dan Pustaka. Semua rekod bantuan pembelian anda akan didaftar di dalam laman DBPNiaga.my. Sehubungan itu, anda boleh menghubungi pihak DBPNiaga untuk memohon ID dan PASSWORD untuk membolehkan anda mengakses dan membuat sendiri pembelian di laman DBPNiaga. Untuk membuat pembelian melalui khidmat bantuan pembelian DBPNiaga anda perlu memahami terlebih dahulu terma dan syarat yang dikenakan.

Terma dan Syarat:

1.    Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan akaun, pembayaran di kaunter bank atau mesin deposit tunai (CDM) sahaja.
2.    Selepas pembayaran dibuat sila hantarkan gambar slip/resit/bukti pembayaran untuk tujuan pengesahan pembayaran.
3.    Bagi kaedah pembelian secara Whatsapp, kami memerlukan tempoh 12 jam untuk membuat pengesahan bayaran yang telah dibuat.
4.    Kegagalan menghantar slip/resit/bukti pembayaran akan menyebabkan pembelian tidak akan diproses dan pesanan akan dibatalkan dalam tempoh masa 3 hari.
5.    Pembelian diproses dalam tempoh 2 hingga 3 hari bekerja dan penghantaran akan memakan masa 3 hingga 5 hari bekerja.
6.    Petugas DBPNiaga.my akan menghantar tracking number sejurus selepas penghantaran dibuat dan semakan boleh dibuat dalam tempoh 12 jam.
7.    DBP akan menanggung kos pemulangan dan penghantaran semula buku/majalah sekiranya terdapat kerosakan atau tersalah tajuk atas faktor kecuaian daripada pihak DBP sendiri.
8.    Untuk membuat pemulangan, sila hubungi pihak DBP dalam tempoh seminggu dari tarikh terima.
9.    DBP tidak akan menanggung sebarang kos pemulangan jika pembeli sengaja ingin menukar buku/majalah atas faktor tidak berminat atau tersalah beli.
10.    Pembayaran perlu dibuat dengan jumlah yang tepat kerana tiada pemulangan baki.
11.    Bayaran yang diterima tidak akan dikembalikan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai status pembelian, sila hubungi 03-4101 0025.

.

Maklumat semasa:

> [APLIKASI SAYA] Aplikasi Pelajaran Tatabahasa <KLIK>

> Panduan pembelian secara dalam talian <KLIK>

> Khidmat jualan dan pameran Ujana Buku <KLIK>

> Pembelian E-Buku <KLIK>

Kembali ke laman UTAMA

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url withhttp://)
* Comment:
Type Code