Pengurangan harga! Projek 238 Besarkan

Projek 238

9789834919757

Baharu

RM21.00

-30%

RM30.00

  • Muka Surat 443 m/s
    Berat 452g
    Penulis B.H. AMIR

Ulasan

Grade 
05/11/2018

Akhirnya Diulangcetak Jua

Novel ini telah diterbit oleh DBP buat kali pertama pada tahun 1989. Pada kali pertama membacanya, saya meminjam daripada perpustakaan sekolah saya, SMS Muar, sebelum cuti semester hujung tahun 1989.

Pada kali pertama membacanya, saya mengalami pengalaman pembacaan yang sangat mengujakan. Ini adalah novel Bahasa Melayu yang pertama dengan genre thriller perisikan dengan latar zaman pertelingkahan NATO-Pakatan Warsaw (masa itu komunis Soviet Russia belum dibubarkan) dan kempen pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Pada era 80an itu, Lebuhraya PLUS masih dalam pembinaan, tetapi B.H. Amir telah menggambarkan lebuhraya itu dibina bersekali dengan landasan MRT Johor Bahru - Padang Besar. Malaysia pula telah ada loji nuklear untuk menjana tenaga elektrik. Namun, dunia perisikan masih menggunakan gajet berteknologi analog, tidak menggunakan gajet berteknologi digital. Perhubungan telefon menggunakan talian kabel, bukan wireless seperti telefon bimbit dan smartphone.

Pada kali pertama membaca novel ini semasa saya di Tingkatan 4 dulu, saya faham serba sedikit konflik Timur Tengah, hasrat puak pelampau AS menguasai bijih uranium Malaysia untuk mengawal teknologi nuklear sedunia, tetapi kurang faham perincian konflik ekonomi dan tadbir urus kewangan negara.

Kini hampir 30 tahun berlalu, bila ulang baca novel ini, barulah saya mengerti intipati jalan ceritanya. Seorang agen perisik PDRM bernama Izzat telah ditugaskan untuk menyiasat, merisik dan menghalang usaha AS untuk menguasai Malaysia menerusi rampasan kuasa bersenjata yang akan memaksa Malaysia tunduk kepada kehendak AS. Elemen percintaan dan patriotisme diadun dengan gaya bahasa tersendiri yang diselitkan dengan plot-plot yang tak tersangka yang menimbulkan rasa haru dan rawan.

Pengakhiran novel tidak menimbulkan rasa katarsis terhadap watak Izzat. Saya pun akan jadi gila kalau cinta pertama saya dibunuh di depan mata saya kerana salah sangka pihak ketiga.

Watak Izzat adalah hero yang menerajui novel ini. Watak Kenny Lim yang mensabotaj usaha AS dengan membawa lari duit peruntukan untuk menguasai dan memanipulasi BSKL dan pasaran komoditi utama, dan watak Ahmad Tarmimi, seorang pegawai tinggi Jabatan Perbendaharaan, yang menulis surat layang kepada PM Malaysia mendedahkan konspirasi AS, merupakan wira-wira tak didendang kerana tindakan mereka telah menghalang usaha AS daripada menguasai Malaysia. Ada 3 heroin yang menghambat Izzat - Na'ema (tunang Izzat yang curang, yang kemudian telah insaf dan tukar nama kepada Intan), Kate Ellen yang romantis (yang kemudian mati terbunuh semasa menyelamatkan Izzat daripada buruan ahli-ahli komplot) dan Rachael (yang kemudian peluk Islam tukar nama kepada Rubaiyat). Rumit sungguh jalan percintaan Izzat sampai dia jadi gila pada hujung cerita.

Kalau novel ini akan difilemkan, saya membayangkan pelakon Ammar Alfian yang patut membawa watak Izzat.

Saya menanggap "Projek 238" setanding karya-karya Robert Ludlum, Frederick Forsyth, Ken Follet dan Jeffry Archer.

Saya menunggu DBP ulangcetak novel "Projek PL5" karya Shaari Isa, yang menceritakan usaha Israel menguasai Malaysia melalui manipulasi sistem pendidikan tinggi dengan cara mewujudkan kumpulan dakwah Islam songsang di UK untuk mempengaruhi mahasiswa mahasiswi Malaysia yang belajar di sana yang bila balik Malaysia, mereka akan mengembangkan ajaran Islam songsang kepada masyarakat. Namun usaha Israel itu dapat dihalang oleh pejuang-pejuang PLO. Ironinya, atache pendidikan Malaysia di UK tak tahu yang watak utama Adawati, sebenarnya telah mati dibunuh oleh agen Mossad.

Tulis ulasan

Projek 238

Projek 238

Pelanggan yang membeli produk ini juga membeli: