Ikut kami di Facebook

Terma dan Syarat

Terma dan syarat ini hanya boleh diguna pakai untuk pembelian dalam talian DBPNiaga.my sahaja.

1.    Pengguna boleh membuat pembelian setiap produk yang dipaparkan dalam portal DBPNiaga.my.

2.    Untuk membuat pembelian setiap pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan e-mel yang sah dan butiran diri yang sebenar.

3.    Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan bertanggungjawab dalam mengendalikan setiap makluman pengguna.

4.    Pembelian produk merupakan tanggungjawab pengguna dan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak kan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pembelian produk oleh pelanggan.

5.    Jika terdapat sebarang kesilapan pembelian, pengguna perlu memaklumkan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tempoh 12 Jam waktu bekerja sahaja.

6.    Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak akan bertanggungjawab apabila berlaku kesilapan penghantaran disebabkan kesalahan maklumat penerima yang didaftarkan oleh pengguna.

7.    Proses pemulangan hanya boleh dibuat apabila,

a.    Buku didapati rosak atas faktor kecuaian pihak Dewan Bahasa dan Pustaka atau kesalahan cetakkan.

b.    Penghantaran buku yang salah atas faktor kecuaian pihak Dewan Bahasa dan Pustaka

8.   Setiap pembelian tidak boleh dibatalkan atau diminta pulangkan bayaran kecuali penukaran produk bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

9.   Tiada had pembelian yang dikenakan kepada pengguna dan proses pembelian ini berfungsi sepenuhnya secara dalam talian.

10.  Pembayaran akan dibuat melalui pemindahan akaun, pembayaran menggunakan kad kredit atau debit.

11.  Proses penghantaran akan dibuat dalam tempoh masa 3 hingga 7 hari bekerja. Pengguna berhak menghubungi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat penghantaran. 

12.  Semua pembelian melalui laman sesawang DBPNiaga.my akan dikenakan kos penghantaran kecuali jika terdapat promosi tertentu sahaja.

13.  Segala urusan urus niaga di laman DBPNiaga.my dan khidmat pelanggan hanya dalam waktu pejabat sahaja (9 pagi hingga 5 petang / Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.

14.  DBPNiaga.my berhak menggubal terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis rasmi.