Sinopsis |
: |
"PINA... telah digambarkan sebagai salah satu daripada fabrik yang paling indah di Manila hanya digunakan dalam pakaian orang kaya, terlalu mahal untuk kegunaan biasa...
Selain buah nanas yang memiliki 1001 manfaat dan kegunaaan, daun tanaman nanas juga mempunyai serat gentian yang berkualiti tinggi. Serat atau gentian ini diperoleh daripada daun nanas sama ada dengan cara rautan tangan, mesin dekortikasi, ataupun kaedah pengeretan. Serat daun nanas ini berpotensi untuk digunakan sebagai serat industri dalam usaha menggantikan serat kayu dan gentian buatan manusia. Antara inti pati menarik yang berjaya dikupas dalam buku ini termasuklah cara penghasilan serat daun nanas, kegunaan serat daun nanas, dan pembangunan teknologi serta aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan serat daun nanas. |