Sinopsis |
: |
Sebaik-baik saja Tsu-Nami tahu aku curang dan tidak setia dengan cinta kami, dia tidak marah, sebaliknya dia menghiburkan hatinya dengan bersenandung haiku. Dia bersedih dan menangis tanpa henti. Dia tidak menghiraukan dirinya lagi. Dia seperti hujan tanpa henti ketika musim tengkujuh. Dia bersemadi dalam arus, dalam ombak, dalam buih, dalam riak lautan yang tidak pernah menjanjikan apa-apa. Aku tidak tahu selepas itu apa yang terjadi, sehinggalah aku dimaklumkan semua persisiran pantai Asia dilanda musibah tragis Tsunami. |