Sinopsis |
: |
Sebanyak 5843 entri, subentri, dan frasa entri baru terdapat dalam kamus baru ini yang mencakupi pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi, linguistik, komputer, astronomi, agama, politik, pelayaran dan muzik. Sebahagian besar kata dalam kamus ini merupakan kosa kata bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kamus Dewan Edisi Keempat memudahkan pengguna bahasa Melayu yang bukan ahli dalam bidang mengetahui istilah yang digunakan oleh golongan profesional seperti perkataan disinflasi yang digunakan dalam bidang ekonomi, dan mikosis yang digunakan dalam bidang perubatan. Penambahan entri baru serta penambahbaikan dari segi takrif, label dan sebagainya dijangka akan menjadikan Kamus Dewan Edisi Keempaat kamus ekabahasa Melayu yang lebih mantap, berwibawa dan lengkap dan menjadi bahan rujukan utama yang terkini untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia. |