Sinopsis |
: |
Buku Panduan Imbuhan Awalan dan Akhiran Tahun 3 dihasilkan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang menekankan penggabungan jalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan penerapan nilai murni. Buku in dihasilkan bertujuan untuk melahirkan murid tahun 3 yang dapat menguasai imbuhan awalan me-, mem-, men-, meng-, ber-, di- dan imbuhan akhiran -an, -kan dan -i dengan lebih mantap. Kandungan buku ini dirangka dan disusun dengan teliti. Aktiviti yang disediakan turut menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat dilatih berfikiran kritis dan kreatif. Semoga buku ini dapat membantu murid untuk menguasai dan meningkatkan kemahiran mereka tentang aspek imbuhan awalan dan akhiran bahasa Melayu dengan lebih berkesan. |