Sinopsis |
: |
Rina, Harith dan tiga rakan mereka ditugaskan untuk menyiapkan tugasan universiti yang melibatkan ekspedisi menyusuri Sungai Lembah Ayangan. Dalam ekspedisi itu, rakit yang dinaiki mereka pecah akibat dipukul arus deras menyebabkan mereka hanyut dan terpisah. Mereka kehilangan arah hingga tersesat di dalam hutan. Secara tidak sengaja, Rina dan Harith bertemu Orley, seorang pemuda yang sedang menjejaki seekor anak gajah pigmi. Apakah yang berlaku kepada Rina, Harith dan Orley seterusnya? Segala-galanya terungkap dalam Gema di Lembah Ayangan. |