Sinopsis |
: |
Kebahagiaan hidup Nani, kanak-kanak berusia 12 tahun, terganggu apabila Nani terdengar perbualan antara ibunya dengan Mak Cik Noimi, sepupu ibunya. Sejak mendengar perbualan tersebut, keinginan Nani untuk mengetahui siapakah ibu dan bapa kandungnya membuak-buak. Enggan melukai hati ibu yang memeliharanya, Nani mendapat idea untuk membuat pencarian ibu dan ayah kandungnya melalui Facebook. Hati Nani berbunga-bunga apabila menerima pesanan daripada peti pesanan mesej Facebook, seorang lelaki bernama Uncle Tom boleh menemukan Nani dengan ayah dan ibu kandungnya di Kota Kinabalu. Tanpa menghiraukan nasihat kakaknya, Ally, Nani ke Kota Kinabalu bersama-sama Sudin. Adakah Uncle Tom benar-benar ikhlas membantu Nani? Adakah Nani berjaya bertemu dengan ayah dan ibu kandungnya? Kesudahan cerita penuh emosi ini boleh diketahui dalam novel Sayang Ibuku Sayang. |