Sinopsis |
: |
Fahami al-Quran Jari-jemari mengandungi sembilan buah buku untuk kegunaan kanak-kanak berkeperluan khas yang berfokus pada aspek mengenal huruf melalui kod tangan, membaca dan menulis.
Kandungan Buku 2 ini memberikan pendedahan kepada pembaca dengan huruf hijaiyyah tunggal berbaris satu berserta dengan kod tangan, kod huruf dan kod ejaan jari. Pembaca juga berupaya menguasai dan membaca huruf-huruf hijaiyyah tunggal berbaris satu di atas, di bawah dan di depan, membaca dengan mengisyaratkan/membaca huruf dengan betul dan tepat, dan
menulis huruf. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh guru-guru yang mengajar pendidikan khas sebagai modul asas untuk mengajar pengajian al-Quran. Selain itu, ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas juga boleh menggunakan buku ini untuk mendalami kod-kod ejaan jari huruf hijaiyyah tunggal berbaris satu bagi membantu anak-anak mereka membaca al-Quran pada peringkat awal dalam
proses pembelajaran dan pengajaran mereka. |