Sinopsis |
: |
Banyak umat Islam di Malaysia yang meriwayatkan hadith tanpa menyatakan sumbernya, bahkan tidak menyatakan kedudukan sesuatu hadith. Hal ini menjadi satu daripada penyebab tersebarnya hadith mawdu '(palsu) dengan meluas dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada masyarakat awam terhadap sesuatu hadith. Oleh itu, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mensyaratkan penerbitan hadith agar dinyatakan sumbernya merupakan langkah yang baik. Hadith yang sahih agar menjadi pegangan, manakala hadith mawdu' (palsu) dan da'if hendaklah ditolak. Oleh yang demikian, penerbitan buku ini dapat memberikan panduan berkenaan 423 hadith masyhur yang tular dalam kalangan umat Islam yang belum ditentusahkan kesahihannya. Setiap hadith masyhur ini telah disemak oleh penulis dengan menggunakan kaedah takhrij hadith. Kaedah ini digunakan bagi memastikan kesahihan serta martabat sesebuah hadith dengan meneliti status perawi dan rantaian perawi hadith |