Sinopsis |
: |
Fahami al-Quran Jari-jemari mengandungi sembilan buah buku untuk kegunaan kanak-kanak berkeperluan khas yang berfokus pada aspek mengenal huruf melalui kod tangan, membaca dan menulis.
Kandungan buku Fahami Al-Quran Jari-jemari (Buku 1): Mari Kenal Huruf Hijaiyyah Tunggal ini memberikan pendedahan kepada golongan berkeperluan khas pada semua peringkat yang baru mengenal al-Quran. Dalam buku ini, pembaca dapat mengetahui bentuk 29 huruf hijaiyyah tunggal bermula dengan huruf Alif (1) hingga Ya () berserta dengan kod tangan, kod huruf dan kod ejaan jari.
Buku ini sangat sesuai digunakan oleh guru-guru yang mengajar pendidikan khas sebagai modul asas untuk mengajar pengajian al-Quran. Selain itu, ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas juga boleh menggunakan buku ini bagi mendalami kod-kod ejaan jari huruf hijaiyyah untuk membantu anak-anak mereka membaca al-Quran pada peringkat awal dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka. |