Sinopsis |
: |
Pemikiran Sasterawan Negara: Kemala merupakan himpunan 12 kertas kajian yang dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Kemala yang bertemakan "Kepengarangan Kemala dalam Dimensi Estetika Melayu dan Islam". Buku ini membincangkan ketokohan dan kepengarangan Kemala dalam genre puisi, cerpen dan drama secara tuntas melalui penerapan pelbagai pendekatan dan teori dan cuba menggali pemikiran kreatif dan proses kreatif Kemala dalam menghasilkan karya besar beliau lebih daripada lima dekad. Buku ini memaparkan perjuangan sastera Kemala melalui mata pena, khususnya puisi yang mengetengahkan pelbagai fenomena hidup dan kehidupan masyarakat, seperti kegelisahan golongan marhaen, pengabdian insan kepada Penciptanya dan perkongsian pengalaman kembaranya di beberapa buah negara. |