Sinopsis |
: |
Rekayasa Kansei adalah satu kaedah reka bentuk berfokus kepada emosi psikologi manusia dan telah menjadi rahsia kejayaan negara maju dari Timur. Kaedah ini telah banyak membantu pereka dan pengeluar melakar sejarah kejayaan bagi menghasilkan produk Kansei yang berjaya dalam industri seperti automobil, robotik, ruang, dan hospitaliti. Kaedah ini membantu mereka untuk menganalisis hasrat tersirat pengguna, dan merumuskan formula reka bentuk yang dapat mempengaruhi, seterusnya meraih perhatian manusia secara psikologi. Buku ini diterbitkan bagi memberikan panduan asas untuk memahami cara pengesanan dan penganalisisan Kansei dan E mosi dibuat bagi menghasilkan konsep reka bentuk yang dekat di hati pengguna, yang inovatif dan berjaya di pasaran. |