Sinopsis |
: |
Menampilkan kisah menarik tentang penglibatan mahasiswa yang bernama Liza sebagai ejen pembangunan masyarakat desa yang penuh dedikasi, gigih dan tahan uji. Sorotan terhadap konflik watak Liza dibuat dari sudut psikologi dan ditampilkan dengan penuh keyakinan. Tugasnya dilaksanakan dengan penuh keinsafan diri dan ini digambarkan dengan hidup sekali. Persoalan masyarakat desa yang sentiasa kaya dengan rempah-ratus hidup dicampur dengan gambaran alam remaja iaitu unsur cinta, agama, budaya dan nilai-nilai positif menjadikan novel ini wajar direnung dan seterusnya diteladani. Liza gadis remaja yang sedar diri sentiasa memandang hari muka untuk membentuk kehidupan yang berjaya. Inilah gambaran remaja yang ideal dan inilah yang dikehendaki oleh masyarakat. Siapa kata para remaja tak tahu harga diri dan tidak memandang hari muka? |