Sinopsis |
: |
Buku Kerja Bahasa Melayu Tahun 5 (SK) ini ialah buku sokongan pembelajaran yang menjadi pelengkap kepada buku teks Bahasa Melayu bagi murid Tahun 5. Kandungan buku ini selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Buku ini menyediakan pelbagai aktiviti dan latihan mengikut urutan pengetahuan dan kemahiran yang ditentukan dalam kurikulum tersebut.
Buku ini terbahagi kepada dua buku, iaitu Buku I dan Buku 2. Penggunaan kedua-dua buku ini diharap dapat memberikan pengukuhan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta aspek tatabahasa kepada murid. Setiap latihan yang disediakan dalam buku ini berdasarkan tema yang spesifik. Latihan tersebut juga turut menyepadukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang menghendaki murid mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta sesuatu yang baharu. |