Sinopsis |
: |
Buku Etika Profesional Jurutera Malaysia mempunyai kelainan berbanding dengan buku etika profesional kejuruteraan yang lain. Semua aspek perbincangan dirujuk kepada Kod Etika Perlakuan Profesional Jurutera Malaysia yang dikeluarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Hal ini menjadikan buku ini amat relevan dalam amalan profesional jurutera di Malaysia. Buku ini juga menyentuh semua kriteria penting untuk menjadi seorang jurutera yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Buku ini sesuai digunakan olen jurutera yang baru memasuki alam pekerjaan serta bakal jurutera, iaitu pelajar jurusan kejuruteraan. Selain itu, buku ini juga berguna untuk dijadikan rujukan awal dan pengenalan kepada aspek etika kejuruteraan, keselamatan serta kesihatan pekerjaan. |