Sinopsis |
: |
Buku Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu ini dihasilkan atas kesedaran dan sarana pelbagai pihak bagi memahami dan mendalami sejarah negara yang bermula sejak sekian lama, iaitu sebelum pembukaan Melaka oleh Parameswara. Dengan menggunakan data arkeologi dan sumber bertulis asing sama ada sumber Yunani, India, China, Arab-Parsi dan Asia Tenggara, sejarah awal Malaysia, terutamanya semasa Zaman Prasejarah dan Protosejarah ini berjaya menonjolkan kepentingan Malaysia dalam aspek perdagangan antarabangsa dan pembentukan sebuah tamadun Melayu yang hebat di mata dunia. Data arkeologi yang merujuk jumpaan artifak, ekofak dan fitur telah digunakan untuk membina semula sejarah masyarakat prasejarah di Malaysia yang dibahagikan kepada empat zaman, iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Hoabinhian, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Selain membina kronologi, pelbagai aspek sosiobudaya serta sains dan teknologi juga dilihat dalam konteks evolusi masyarakat tersebut. |