Sinopsis |
: |
Etak merupakan sejenis karangan yang bentuknya seakan lokan tetapi hidup di habitat air tawar dan bersaiz jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan lokan. Etak merupakan kerangan yang masih belum dikenali ramai baik dalam kalangan masyarakat, komuniti penyelidik, akademik mahupun pelajar sekolah. Justeru, buku ini ditulis dan diterbitkan dengan tujuan untuk memberi pendedahan berkaitan morfologi, habitat dan kepentingan etak dalam rantaian makanan, fungsi etak sebagai pengimbang ekosistem, tindak balas etak dalam penentuan indikator pencemaran, sumbangan etak kepada ekonomi masyarakat setempat selain mengangkat etak sebagai salah satu daripada makanan warisan negara. |