Sinopsis |
: |
Apabila Mira mengetahui dirinya anak angkat, dia amat teruja untuk berjumpa ibu kandungnya. Permintaan Mira dipenuhi oleh Puan Suraya, ibu angkatnya. Semasa berada di rumah ibu kandungnya, barulah Mira mengalami kehidupan sebenar. Mira menghadapi tekanan dengan kehadiran nenek tiri yang tidak menyukainya. Bermacam-macam perkara dilakukan oleh nenek tiri semata-mata untuk menyakiti hati Mira. Bagaimanakah Mira sanggup menghadapi kerenah nenek tirinya itu? Atau apakah yang berlaku di sebaliknya... |