Sinopsis |
: |
ARTRITIS sentiasa dikaitkan dengan mereka yang sudah berumur. Tetapi, ramai yang tidak sedar artritis boleh menyerang pada semua peringkat umur termasuk golongan muda dan kanak-kanak. Tanda-tanda awal biasanya menunjukkan sendi jari yang kaku dan bengkok, kekejangan pada sendi kaki atau bengkak serta benjolan pada sendi tangan. Namun, orang ramai sering mengabaikan simptom tersebut. Ini kerana sakit sendi sering dikaitkan dengan proses penuaan. Hakikatnya, tanggapan ini harus diperbetulkan. Artritis adalah satu terma perubatan yang merujuk kepada keradangan pada bahagian sendi. Sendi boleh menjadi merah, bengkak, kejang, panas, sangat sakit dan tidak boleh bergerak. |