Sinopsis |
: |
Buku Cabaran Remaja Membina Integriti Diri diterbitkan bertujuan untuk
menyedarkan dan membimbing remaja bagi menangani cabaran yang
dihadapi dalam kehidupan. Buku ini memberi fokus kepada isu yang berkait rapat dengan kehidupan remaja seperti tipisnya pegangan agama, sumbang
mahram, rasuah, disiplin, pergaulan bebas, perpaduan dan lain-lain. Cabaran
yang dihadapi oleh remaja dipaparkan melalui teks, peta iThink, gambar, carta, dialog dan puisi. Pendekatan ini bertujuan bagi memudahkan remaja memahami cabaran yang dihadapi dan bertindak secara rasional serta
berteraskan nilai integriti dalam menangani cabaran tersebut. Tekad integriti yang difokuskan adalah untuk memantapkan insitusi keluarga dan komuniti, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat, memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan serta meningkatkan etika dan kecekapan tadbir urus organisasi. |