Sinopsis |
: |
Buku Pembelajaran Aktif ini merupakan salah satu judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini mengandungi lima unit. Unit 1 mengandungi penerangan tentang pembelajaran aktif, kepentingan pembelajaran aktif, ciri pembelajaran aktif dan peranan guru dalam pembelajaran aktif. Unit 2 pula menyentuh cara memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik dan aktif. Unit 3 mengandungi cara membentuk kumpulan perbincangan. Unit 4 menerangkan pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam pembelajaran aktif. Dalam unit terakhir, iaitu Unit 5, diutarakan contoh-contoh modul pengajaran dan pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran. |