Sinopsis |
: |
Kamus Kesusasteraan memaparkan sebanyak 795 istilah yang penting dan sering digunakan dalam dunia kesusasteraan, sama ada sastera moden atau tradisional. Semua istilah ini diterangkan secara jelas dan kebanyakannya disertakan dengan contoh tempatan dan antarabangsa untuk membantu pemahaman pengguna. Huraian yang jelas dapat mengelakkan penggunaan istilah yang salah dan mengelirukan dalam penulisan, terutamanya istilah yang jarang ditemui dalam kesusasteraan Melayu. Kamus ini diterbitkan khusus untuk kegunaan pelajar bidang kesusasteraan, para guru, pensyarah, penulis, pengkaji, penyelidik, dan pencinta sastera secara keseluruhannya. |