Sinopsis |
: |
Buku ini menghuraikan berbagai-bagai jenis penyakit yang kerap menyerang pokok durian dan kaedah pengawalannya secara ringkas. Serangannya bermula di peringkat anak benih lagi, dan jika tidak dikawal akan membawa ke peringkat dewasanya. Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, penyakit-penyakit tersebut diperincikan mengikut bahagian-bahagian pokok yang diserang. Bahagian-bahagian itu bermula dari akar yang seterusnya diikuti oleh pangkal pokok, batang, daun dan buah. |