Sinopsis |
: |
Salim, seorang kanak-kanak di Kampung Bahagia yang begitu periang dan dianggap nakal oleh kedua-dua ibu bapanya, iaitu Mak Timah dan Pak Salam. Pernah pada suatu ketika Salim tidak pulang ke rumah, sehingga ibunya mencari dia di merata-rata tempat. Walaupun Salim dikatakan seorang yang nakal, tetapi dia suka menolong orang tua yang dalam kesusahan. Salim telah mengajak kawan-kawannya membantu Nenek Enah yang tinggal keseorangan di Kampung Bahagia. Salim dikatakan sering bermain-main dengan Hasil, dan hal ini telah disalah anggap oleh ibu bapanya. Siapakah Hasil? Mengapakah Hasil dikatakan seorang yang gila? Jawapannya akan anda temui apabila anda membaca novel kanak-kanak ini. |