Sinopsis |
: |
Penyakit Ektoparasit dalam Akuakultur merupakan sebuah buku yang menerangkan serangan parasit luaran pada ikan ternak. Buku ini mengandungi maklumat yang boleh digunakan sebagai panduan dalam mengenal pasti kematian ikan akibat jangkitan parasit. Buku Penyakit Ektoparasit dalam Akuakultur in turut mendedahkan maklumat berkenaan jenis-jenis ektoparasit, tanda-tanda serangan, tindakan yang perlu diambil berdasarkan tanda-tanda serangan dan kaedah melakukan rawatan. Buku Penyakit Ektoparasit dalam Akuakultur boleh digunakan sebagai panduan untuk memastikan punca sebenar kematian ikan. Selain itu, kandungan buku ini boleh digunakan sebagai sumber maklumat untuk penternak ikan, yang selalu menghadapi masalah kematian ikan ternak. |