Sinopsis |
: |
Kajian terhadap linguistik Melayu telah dilakukan dari pelbagai aspek iaitu morfologi, sintaksis, semantik, dan sebagainya. Penelitian sejarah asal usul bahasa dan sejarah perkembangan bahasa Melayu juga telah dan sedang dijalankan. Namun, kajian yang berkaitan dengan linguistik Melayu abad ke-17 amat sedikit, lebih-lebih lagi kajian yang bersifat sejarah linguistik, walaupun terdapat banyak bahan untuk ditelusuri. |