Sinopsis |
: |
Puisi tradisional merupakan cabang daripada Kesusasteraan Melayu yang diwariskan kepada masyarakat dalam bentuk tradisi lisan dan tulisan. Puisi yang terhasil dalam pelbagai bentuk mempunyai falsafah untuk melahirkan pemikiran baharu yang sesuai dengan zaman ketika itu. Pemikiran ini diungkapkan dengan hasil kreatif yang menarik dalam bentuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa lengkap, teromba, talibun, prosa berirama, mantera dan dikir. Buku Kenali Puisi Tradisional Kita mengajak pembaca mengkaji dan memahami falsafah dan fungsi setiap puisi tradisional sebagai satu alat komunikasi masyarakat dahulu dan menyesuaikannya dengan masyarakat moden. |