Sinopsis |
: |
Siri Projek Kreatif Reka Bentuk dan Teknologi disediakan berdasarkan Dokumen Standard Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Siri ini dapat membantu murid dan guru menghasilkan projek yang kreatif. Siri ini mengandungi lima tajuk, iaitu Bandar Gemilang Cahaya, Dacing Elektronik, Gajah Bionik, Menara Ajaib dan Rumah Pintar. Menerusi buku Bandar Gemilang Cahaya murid diberikan pengenalan awal tentang reka bentuk asas bagi menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik. |