| Sinopsis |
: |
Buku ini memberikan pengenalan asas tentang aktiviti pembuatan produk komposit berasaskan matrika polimer bertetulang gentian dan tiga elemen kemahiran asas pembuatan produk komposit seperti kaedah pembuatan produk secara hamparan basah, pembungkusan vakum dan influsi vakum. Selain itu, proses pembuatan produk komposit melalui kaedah semburan gentian, peralihan resin beracuan, tekanan panas beracun, pultrusi dan belitan filamen turut dibincangkan.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar sekolah menengah aliran teknik dan vokasional yang mengambil mata pelajaran reka cipta, kejuruteraan bahan, polimer dan pembuatan, serta pelajar yang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan sijil di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan institut kemahiran. Buku ini turut bermanfaat kepada para pembaca, pendidik, jurutera, pengurus, penyelia serta penyelidik yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan bidang pembuatan produk komposit berasaskan matriks polimer dalam usaha meningkatkan sains dan teknologi negara. |