Sinopsis |
: |
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia turut menyaksikan jumlah kes kematian yang tinggi serta meninggalkan kesan dalam pelbagai aspek. Setiap negara berdepan dengan cabaran dan berusaha menggariskan pelbagai langkah bagi mengekang wabak berkenaan. mengetahui lebih lanjut serta meningkatkan pemahaman pembaca mengenai pandemik COVID-19 yang yang menyerang secara agresifnya di seluruh dunia, buku ini akan merungkai kesan pandemik COVID-19 kepada manusia dan persekitaran meliputi pengetahuan asas mengenai virus, permulaan penularan, kronologi permulaan jangkitan, faktor risiko yang dihadapi pesakit, cara pendiagnosan dan pendekatan vaksinasi. Selain itu, aspek kesan kepada alam sekitar, industri makanan dan minuman, sistem pendidikan serta cabaran menangani isu denggi di kala pandemik turut diperincikan. Memandangkan COVID-19 akan terus kekal berada dalam kalangan
masyarakat, justeru langkah yang perlu diterapkan untuk menghadapinya turut dibincangkan pada akhir bab buku ini. |