Sinopsis |
: |
Hikayat Merong Mahawangsa memberi pelbagai jenis maklumat: alam semula jadi, alam bina, suku-suku etnik, pembukaan negeri, dan juga hubungan antara kaum dalam keadaan konflik dan damai. Buku ini, sesuai dengan tajuknya, Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah, dalam menunjukkan maksud kejadian-kejadian yang diceritakannya, yang wujud dan berlaku kira-kira 5,000 tahun dahulu.
Kaedah analisis yang diterapkan diambil dari empat cabang linguistik, iaitu: Linguistik Am, Linguistik Sejarah, Geolinguistik, dan Semiotik. Dari kaedah ini dapat dikenal pasti yang mana mitos dan yang mana realiti. Sumber tambahan dalam menginterpretasi alam semula jadi, alam bina dan berbagai-bagai peristiwa ialah maklumat-maklumat yang diperoleh dari sejarah, arkeologi, geomorfologi, dan geografi, serta juga teks seiring (co-text), iaitu Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, karangan Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad. Di samping itu, dapat ditentukan siapakah Raja atau Sultan yang menitah "Fakir" menulis hikayat ini, dan bilakah penulisan itu dilakukan.
Selama ini kajian teks lama menggunakan kaedah filologi yang memberi manfaat kepada para penyelidik, berdasarkan epistemologi bidang tersebut. Buku ini menawarkan kaedah yang membuka lebih banyak kemungkinan dalam usaha mengetahui sejarah negeri atau negara, yang boleh dimanfaatkan oleh pakar-pakar dari berbagai-bagai bidang sains dan kemanusiaan. |