Sinopsis |
: |
Allahyarham seniman agung Tan Sri P Ramkee telah meninggalkan peminatnya semenjak 29 Mei 1973, namun nama beliau tetap segar dalam ingatan, malah hasil-hasil karya beliau masih setia menjadi wadah tontonan di kaca televisyen. Beliau mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam berlakon, bernyanyi, berlawak, bermain alat muzik, mengarah filem dan menghasilkan lagu. Sesungguhnya bakat yang dimiliki terserlah ke seluruh pelosok Nusantara.
Masyarakat umum hanya mengenali Tan Sri P Ramlee setelah beliau berada di puncak kejayaan. Tidak ramai yang mengetahui kepedihan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya untuk menempa kejayaan. Penulis yang sememangnya rapat dengan seniman agung ini, menceritakan peristiwa demi peristiwa dengan persembahan dan olahan yang menarik untuk tatapan pembaca. |