Belum ada produk yang dibeli.
Buku Analisis Data dihasilkan untuk memberikan ilmu kepada pelajar di institusi pengajian tinggi yang baru mula didedahkan kepada mata pelajaran Kaedah Kuantitatif. Buku ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar yang mengikuti mata pelajaran kaedah penyelidikan, memahami kaedah penyelidikan, serta pemprosesan dan penganalisisan data.
Penulis: Ahmad Baharuddin Abdullah Zaimi Mat Isa Amir Yazid Ali
Buku ini mengandungi maklumat hampir keseluruhan aspek astronomi moden. Maklumat konsep asas astronomi dihuraikan dengan terperinci unuk memberikan suatu ilmu yang menarik untuk diketahui. Pembaca akan mengetahui maklumat berkaitan dengan susunan alam semesta seperti Bimasakti, Sistem Suria, Matahari, Bumi, Bulan, Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan,...
Buku ini diterbitkan untuk memberikan penerangan dan penjelasan dalam perkembangan sains dan teknologi bagi bahan berasaskan karbon nano, terutamanya membran karbon dan tiub nano karbon. Buku ini merangkumi huraian mengenai ciri-ciri yang unggul bagi membran karbon dan tiub nano karbon. Kaedah penyediaan membran karbon dan komposit tiub nano karbon turut...
Famili Rhizophoraceae ialah kumpulan tumbuhan 1 tropika dan subtropika yang terdiri daripada 16 genus dengan 120 spesies yang terdiri daripada pokok atau pokok renek. Spesies di kawasan bakau membentuk dirian seragam, malar hijau yang biasanya tumbuh di kawasan pantai berlumpur, berair masin dan berlagun.