Ikut kami di Facebook

Video Terkini

Naskah Digital

Naskah Digital

Tahukah anda bahawa bahan terbitan DBP boleh didapati dalam bentuk digital?

Untuk makluman DBP telah menjalankan bekerjasama dengan e-sentral untuk menerbitkan semula produk-produk terbitan DBP dalam bentuk digital. Kini terdapat hampir 127 judul produk DBP telah dihasilkan dalam bentuk digital dan sedia untuk dimuat turun oleh para pelanggan dengan kadar harga yang lebih rendah daripada harga buku fizikal.

(Sila klik pada gambar dibawah)

Tujuan kerjasama dengan e-sentral ialah untuk memastikan DBP dapat memenuhi kehendak pengguna yang menggemari bahan bacaan berbentuk digital dan elektronik. Keadaan ini mungkin didorong oleh faktor mobiliti iaitu mudah untuk dibawa ke mana-mana dan bila-bila masa sesuai dengan golongan muda yang sentiasa aktif dan mudah dicapai melalui akses telefon atau table.

Bagi anda yang menggemari bahan bacaan digital, kini anda boleh mendapatnya melalui pautan yang terdapat pada setiap judul yang ditawarkan di laman DBPNiaga.my dengan menekan logo Naskah Digital. Pautan ini akan membawa anda terus ke produk digital yang dikendalikan oleh e-sentral sepenuhnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan proses muat turun, bayaran dan kualiti, anda haruslah berhubung dengan khidmat pelanggan e-sentral dengan segera.

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url withhttp://)
* Comment:
Type Code