Ikut kami di Facebook

Video Terkini

Program Wakaf Buku DBP

Program Wakaf Buku DBP

Wakaf Buku DBP

Wakaf Buku DBP merupakan inisiatif baharu yang dicadangkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadi buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaatkan masyarakat umum. Tujuan program Wakaf Buku ini diadakan ialah untuk menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, menggalakkan aktiviti membaca serta penyebaran ilmu melalui buku untuk manfaat masyarakat umum.

Tempoh pelaksanaan program ini bermula daripada 27/12/2016 hingga 30/06/2017 bertempat di cawangan Bank Islam terpilih seluruh Malaysia, Kedai Buku DBP dan promosi/ jualan bergerak Ujana Buku.

Terdapat 5 kaedah mewakaf yang diperkenalkan

1. Wakaf secara dalam talian

Layari laman sesawang http://dbpniaga.my dan mendaftar sebagai pelanggan. Klik pada pautan Wakaf Buku DBP dan anda mempunyai pilihan untuk wakaf dengan nilai RM10, RM30, RM50, RM 100 atau nilai set lengkap (Tafsir Mubin-RM600 atau Tafsir Maudhu'iy-RM550).Pembayaran akan dibuat melalui gerbang pembayaran eGHL (perbankan Internet).

Untuk mewakaf, klik pautan berikut: http://dbpniaga.my/ms/47-wakaf-buku-dbp

2. Wakaf di kaunter Bank Islam

Anda perlu mengisi borang deposit tunai/deposit cek/pembayaran bil di cawangan Bank Islam terpilih di seluruh Malaysia dan wakafkan wang anda kepada:

Bayar kepada: Dewan Bahasa dan Pustaka (Wakaf)

Jenis pembayaran: Wakaf Buku DBP

No. Akaun: 14 0230 1004 8807

Berikut ialah contoh mengisi borang deposit tunai/deposit cek/pembayaran bil.

3. Wakaf secara pemindahan akaun

Anda boleh membuat pemindahan daripada mana-mana bank ke akaun:

Akaun: Dewan Bahasa dan Pustaka (Wakaf)

Nota pembayaran: Wakaf Buku DBP

No. Akaun: 14 0230 1004 8807 (Bank Islam)

Pastikan anda mencetak resit pembayaran untuk membuat tuntutan resit wakaf (jika perlu).

4. Wakaf melalui mesin deposit tunai

Anda boleh mewakaf dengan mendepositkan wang mereka ke akaun:

Akaun: Dewan Bahasa dan Pustaka (Wakaf)

No. Akaun: 14 0230 1004 8807 (Bank Islam)

Pastikan slip deposit yang anda terima disimpan untuk membuat tuntutan resit rasmi wakaf (jika perlu).

5. Wakaf melalui Kedai Buku DBP (Hulu Kelang, Selangor)

Anda juga boleh berwakaf apabila datang ke Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Setiap wakaf yang dibuat di Kedai Buku DBP akan disertakan dengan resit rasmi wakaf tanpa perlu membuat tuntutan.

Carian google map: Kompleks DBP Hulu Kelang

6. Wakaf melalui Ujana Buku DBP

Anda boleh mengunjungi promosi dan jualan bergerak Ujana Buku DBP di lokasi berhampiran untuk mewakaf. Setiap wakaf yang dibuat Ujana Buku DBP akan disertakan dengan resit rasmi wakaf tanpa perlu membuat tuntutan.

Ikuti Facebook DBPNiaga untuk mengetahui lokasi semasa Ujana Buku DBP.

.

Terma dan Syarat

1. Semua wakaf perlu disalurkan ke akaun 14 0230 1004 8807 (Bank Islam) atas nama Dewan Bahasa dan Pustaka (wakaf).

2. Nilai minimum untuk wakaf ialah RM10.

3. Resit rasmi akan dikeluarkan kepada pewakaf yang membuat tuntutan sahaja (kecuali wakaf di Kedai Buku DBP dan Ujana Buku DBP).

4. Tuntutan wakaf boleh dibuat dengan menghantar butiran diri dan bukti pembayaran (slip atau resit pembayaran) secara e-mel ke pp@dbp.gov.my atau WhatsApp ke nombor 019-214 1956.

5. Pewakaf boleh menggunakan resit rasmi wakaf untuk tuntutan perlepasan cukai.

6. Butiran diri dan bukti pembayaran akan diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor.

Setelah semua hasil wakaf dikumpul sehingga 30 Jun 2017, DBP dan Perbadanan Wakaf Selangor akan menukar jumlah terkumpul ini dengan buku Tafsir Mubin dan Maudhu’iy dan diagihkan kepada 5 buah pusat tahfiz yang telah dipilih. Proses penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh DBP. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-4101 2625.

Terima kasih dan selamat berwakaf.

Leave a Reply

* Name:
* E-mail: (Not Published)
   Website: (Site url withhttp://)
* Comment:
Type Code