Ikut kami di Facebook

Video Terkini

Terma dan Syarat

Terma dan syarat ini hanya boleh diguna pakai untuk pembelian dalam talian DBPNiaga.my sahaja.

1.    Pengguna boleh membuat pembelian setiap produk yang dipaparkan dalam portal DBPNiaga.my.

2.    Untuk membuat pembelian setiap pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan e-mel yang sah dan butiran diri yang sebenar.

3.    Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan bertanggungjawab dalam mengendalikan setiap makluman pengguna.

4.    Pembelian produk merupakan tanggungjawab pengguna dan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak kan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pembelian produk oleh pelanggan.

5.    Jika terdapat sebarang kesilapan pembelian, pengguna perlu memaklumkan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tempoh 12 Jam waktu bekerja sahaja.

6.    Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak akan bertanggungjawab apabila berlaku kesilapan penghantaran disebabkan kesalahan maklumat penerima yang didaftarkan oleh pengguna.

7.    Proses pemulangan hanya boleh dibuat apabila,

a.    Buku didapati rosak atas faktor kecuaian pihak Dewab Bahasa dan Pustaka atau kesalahan cetakkan.

b.    Penghantaran buku yang salah atas faktor kecuaian pihak Dewab Bahasa dan Pustaka

8.    Tiada had pembelian yang dikenakan kepada pengguna dan proses pembelian ini berfungsi sepenuhnya secara dalam talian.

9.    Pembayaran akan dibuat melalui sistem dan menerima pembayaran secara kredit dan debit.

10. Proses penghantaran akan dibuat dalam tempoh masa 3 hingga 7 hari bekerja. Pengguna berhak menghubungi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat penghantaran.